Senin, 16 Desember 2013
Vince Puas Nyanyi Lagu Ciptaan Sendiri

SETIAP penyanyi pastinya mempunyai keinginan untuk menyanyi lagu hasil ciptaan sendiri.
Ini kerana kepuasan yang didapati daripada menyanyi lagu sendiri pastinya mempunyai kelainannya yang tersendiri jika dibandingkan menyanyi lagu ciptaan komposer lain.
Perkara ini turut sama dirasai juara Akademi Fantasia musim pertama, Vincent Chong atau Vince, 34, yang kini turut bergelar komposer apabila menghasilkan lagu terbaru, Hanya Kau yang didedikasi khas buat tunangnya.
“Kali ini barulah saya betul-betul puas selepas mencipta sendiri lagu mengikut apa yang saya suka berbanding sebelum ini menyanyikan lagu ciptaan orang lain.
“Masih lagi dengan elemen R&B ‘old school’, saya tidak boleh lari dengan melodi sebegitu malah berazam mahu mengembalikan lagi kegemilangan genre berkenaan buat pendengar masa kini,” kataya memetik laporan Harian Metro, hari ini.
Sementara itu, Vince menyatakan dia sudah tidak sabar untuk bergelar suami kepada tunang tersayang, Fiona, 32.
Majlis perkahwinannya akan berlangsung pada Mac tahun depan di sebuah kawasan taman di Janda Baik, Pahang.
Menurut Vince lagi, setakat ini persiapan perkahwinannya sudah hampir 60 peratus selesai.
Oleh: AUDREY LEE
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar